Saturday, March 21, 2020

RESEPI SARDIN KARI SEDAP RINGKAS

assalamualaikum dan selamat sejahtera semua hihi. hari ni saya nak kongsi masakan ringkas yang dikongsi oleh salah seorang staff tempat kerja saya iaitu sardin kari ikan. sumpah sedap gila dan senang je nak buat. bole la nak try buat and memang dialu alukan untuk dicuba untuk setiap lapisan masyarakat sebab senang nak mampus. so let us go!

first kena ada bahan bahan seperti


  • 2 biji bawang putih tumbuk kasar je
  • 5 biji bawang merah kecik potong nipis nipis
  • halba campur satu sudu kecik lebih kurang
  • daun kari satu tangkai je
  • lada mesin ( lada kering yang tak pedas kalau takut pedas)
  • rempah ratus (empat sekawan)
  • air asam jawa (anggaran satu sudu pes jawa) serbuk kari ikan ( masuk ikut suka dalam pes jawa, jadikan ia seperti pes kari, tak terlalu cai tak terlalu pekat) 
  • sardin dalam tin satu tin ikut suka brand nak guna apa


first step : tumis halba campur dengan daun kari sampai naik bau. tumis dalam minyak anggaran empat sudu besar.

second step : masukkan bawang.

third : masukkan lada mesin

empat : masukkan pes kari yang dicampur dalam pes jawa tadi pastu bila dah naik bau dan nampak naik minyak campur sardin tadi.

buh tomato, kentang ikut suka awak la, untuk menanpakkan hidangan tu sedap menyelerakan.

senangkan? bila dah semua masuk, bau sedap buh la perasa sikit kalau rasa nak lebih okey.

tu je selamat mencuba. sebenarnya saya pun tak try lagi buat ni sebab tak sempat lagi nak buat. kalau tak faham maaf ye sebab saya pun tak buat lagi ni hihi. kalau ada ape ape tambahan saya akan update lagi. that's all. selamat mencuba :)

RESEPI DONUT SIMPLE

since adik adik aku memang suka donut yang aku buat, aku ingin kongsikan resepi ringkas mudah senang ini sebagai amal jariah haha untuk korang.

first kita kena ada bahan bahan seperti berikut :

- satu bungkus tepung gandum ( ikut la nak guna jenama apa asalkan tepung gandum dan ini sukatan untuk 10 orang makan since keluarga aku keluarga besar)
- marjerin ( agak agak satu setengah penumbuk you all la, makin banyak makin sedap)
- yis mauripan
- tepung susu ( aku guna tepung susu nesperay, susu tepung adik kau pun boleh. aku dah cuba haha)
- garam secukup rasa
- air masak satu cawan
- baking soda (optional, aku tak guna sebab tak suka)

first sekali, campur yis, gula, garam dalam air dan biarkan dia mengembang berbuih. tapi jenis aku malas nak tunggu so aku biarkan dia selama 15 minit je. normal orang akan tinggal 30 minit aku rasa.
ketepikan dulu campuran ini.

second, untuk makan seorang atau bertiga, aku agak dua cawan tepung gandum dah cukup kut untuk tiga orang makan. untuk keluarga aku, aku tuang agak agak tiga per empat bungkus tepung gandum dan satu cawan tepung susu. gaul rata. kemudian potong marjerin (brand pelangi aku guna) agak agak satu blok kecil, kalau rasa tak puas hati potong lagi sikit dan gaul dengan tepung campuran tadi sehingga hancur dan puas hati.

ketiga, campur sidikit demi sedikit air dalam tepung tadi sehingga terbentuk doh. jika cair, tambah tepung sikit sehingga tidak melekat di jari. biarkan semalaman atau sejam setengah.

untuk resepi ni aku tak guna baking soda sebab keluarga aku suka donut yang mampat. tapi kalau nak campur baking soda pun boleh untuk jadikan donut gebu gebas gitu.

lepas dah kembang doh, you all dah boleh gentel bulat bulat style malas gitu atau buat donut lubang tengah mengikut cita rasa dan selera you all. masukkan dalam api yang sederhana panas. pastikan minyak betul betul panas baru letakkan doh dalam kuali. kalau api terlalu besar, donut korang akan masak garing luar tapi dalam tak masak. ini tips yang boleh aku bagi.

okey dah siap!! yeayy!!! selamat menjamu selera korang dan terima kasih sudi cuba resepi simple malas aku ni. hihi caww

AKU

huhhh..

hari ini begitu memenatkan untuk seseorang seperti aku.
apa yang penat? penat memendam rasa dan amarah dalam diri.
sekian lama masalah seperti ini tidak timbul akhirnya hari ini dia datang lagi.
sedih tapi tidak mampu sedih, marah tapi tiada lagi kudrat untuk teruskan amarah.
apa yang tinggal di disini? sekeping hati yang mungkin kosong atau tiada tinggi lagi sifat jati sebagai manusia.

jika diberi pilihan untuk memilih seperti apa kita mahu hidup atas dunia ini, aku mungkin akan memilih untuk menjadi seorang manusia yang tiada keluarga atau yatim piatu.
haha mungkin ada yang merasa hairan kenapa itu yang aku inginkan.
ada cerita disebalik cerita. takut rasa ingin aku luahkan di sini.
takut dipandang serong, takut dikecam, takut menjadi fitnah untuk diri sendiri.
takut segalanya akan berlaku tanpa ketahuan aku.
takut aku hilang jejak diri kerana padah menceritakan permasalahan pada orang lain.

entah la.
serba salah dalam hati.
hendak diluah mati emak, hendak ditelan mati bapak.
jika diperam dan dipendam lama dalam diri takut berpenyakit suatu hari nanti.
jika hendak diluah, percayakah si dia boleh menyimpan sendiri?
hendak mencari seseorang yang boleh menjaga aib kita sendiri ini susah.
untuk mencari seseorang yang bergelar sahabat ini susah.
walaupun berkawan berbelas tahun sekalipun, sehari penghianatan itu berlaku, sejuta tahun masih diingati.

entahla..
susah untuk aku percaya sesiapa di sini.
jika terlanjur berbicara mengenai hati, aku mengharapkan sesiapa yang mendengar baik sedar atau tidak mampu menjaga aib ini.
aku bukan manusia yang baik, namun masih lagi berusaha memperbaiki diri sendiri.
masih lagi mencari apa itu erti baik dalam kehidupan ini.
ya aku jahil, namun tidak sejahil yang engkau fikirkan.
cuma, hati masih lagi liat dan kental untuk menerima kenyataan ini.
mungkin pengamatan orang aku ini insan biasa biasa sahaja.
tiada masalah tiada yang dimusuhi atau untuk memusuhi.
seperti kehidupan aku ini sangat didambakan sesiapa untuk melihatnya.

entahlaa..
apa yang aku mampu buat adalah tersenyum.
jalani kehidupan aku dengan sewajarnya bergelar manusia.
jika sakit sekalipun aku harus belajar menerima kesakitan.
tidak selamanya aku akan dipertahankan.
tidak selamanya aku akan diberi keistimewaan.
entah apa yang sedang berada dalam fikiran ini.
seperti aku melihat aku. bernyawa tapi terpisah dari jasad.
melihat aku, diri aku menjalani kehidupan ini, kasihanya si hati ini.
aku yang mengasihani siapa aku.
seperti berkata dengan seorang lagi aku untuk terus berusaha menjadi kuat untuk aku.

terkadang aku melihat tiga orang aku sedang berbicara sesama sendiri.
memujuk, membelai, saling menguatkan sesama sendiri untuk terus bertenang dengan kehidupan yang sulit diperkatakan ini.
terkadang terasa lucu sendiri.
mengenangkan aku aku ini seperti satu nyawa yang lain hidup dalam satu jasad ini.

sungguh,
begitu aku teruja sendiri melihat mereka ini.
hadir bila aku memerlukan.
ada apabila aku sakit dan sedih.
meminta aku untuk luahkan seperti seorang sahabat sejati.
menjadi seorang kakak atau abang bila diri tidak kuat lagi.

sedih.
apabila keadaan sudah reda sendiri.
mereka pergi menghilang diri.
sungguh aku rindu mereka ini.
rindu kerana diri seperti kosong lagi.
andai ada satu permintaan ingin dilunasi,
aku memilih untuk diberi penghidupan kepada mereka ini.
mereka menjadi sahabat istimewa dalam senang duka diri ini,
tanpa mereka aku tiada lagi.


Saturday, March 14, 2020

ADA APA DENGAN HATI

hari ini hari sabtu 14 march 2020.

sebenarnya banyak benda yang bermain dalam fikiran aku. banyak idea dan banyak mimpi yang aku ingin kecapi. terlalu banyak benda bermain dalam fikiran, ada ketika berfikir pasal duit, ada ketika berfikir tentang pelajaran, ada ketika berfikir tentang impian dan ada ketika berfikir tentang diri aku. semua benda ni bermain main dalam fikiran serentak dan tak berhenti. jadi untuk hilangkan rasa sakit kepala dan serabut hati aku ciptakan blog ini dengan harapan aku dapat salurkan semua keserabutan dan keriuhan dalam kepala aku di jalan yang betu.

hari ini terasa mahu menyentuh perkara yang berkaitan kemurungan. jujur aku kata, aku rasa aku makin baik berbanding dahulu. boleh dikatakan 60% aku dah boleh kembali kepada kehidupan biasa dan normal. kenapa aku kata macam ni? sebab mostly my time macam dalam kegelapan, rasa stress dan rasa seperti macam tak bermakna. bukan ingin salahkan takdir yang melanda diri cuba mungkin fikiran bawah sedar aku mencipta memori dan trauma yang dramatik sehingga aku menjadi takut dengan diri sendiri. 

orang mungkin fikir aku bahgia, seperti kadang terlihat tiada permasalahan yang besar dalam hidup aku. hehe. aku mampu tersenyum dan berdoa semoga anggapan yang baik macam ni adalah satu doa kerana aku ingin lihat seperti dilihat. kenapa aku kata kemurungan ini seperti menggangu aku?

secara saintifiknya kita boleh baca dan lihat orang yang macam aku tak ada kelainan atau beza pun dengan orang lain. tapi hakikatnya Allah je tahu betapa aku dalam bersendiri sedang bergelut sendirian untuk menjadi sihat seperti yang lain. perasaan dan emosi "kosong" ini memang menggangu hidup aku kerana tanpa emosi kita ibarat hidup tapi mati. 

mungkin yang tidak merasakan kesakitan ini mampu merasa simpati saja. paling aku ingat di mana dulu tahun lepas (2019) akhir tahun lebih kurang pada pertengahan bulan 10 aku rasa seperti mati tapi bernyawa. jumpa dan bergaul dengan orang dengan senyuman palsu paling menyakitkan. aku memang dapat rasakan seperti aku sedang memakai topeng emosi. senyum tapi disebalik topeng aku tidak merasa apa apa. 

tahu tak kenapa ada certain kata dalam cerita seram macam drakula atau twilight tu dia kata mortality ini menyakitkan? sebab mereka hanya panjang usia tapi mereka tiada perasaan seperti manusia yang sebenar. aku sejak dari itu berfikir macam mana nak uruskan penyakit tak kelihatan aku ini. aku memang nak pergi jumpa doktor tapi aku takut. takut dengan diri aku, takut doktor diagnos aku dengan penyakit lain yang lebih bahaya dari ini. 

masa cuti sem 5 hari itu, memandangkan aku tidak lagi pergi kerja (praktikal) aku habiskan masa aku dekat rumah je. ada jugak pergi melancong tapi tu lah, aku memang takde mood. orang yang sakit macam aku ini, even pergi buat something yang happy sekalipun, memang akan tiada mood dan moody sebab gangguan hormon dalam otak menyebabkan dopamin dan serotonin merundum jatuh. aku memang nangis hari hari sebab rasa macam takde life and hidup macam takde apa apa. 

aku benci gila diri aku and ada satu masa aku rasa nak tamatkan hidup aku. tapi aku tak kuat sebab ada yang menghalang aku. aku masih sayangkan cebisan hidup aku. aku sayang adik adik aku, aku nak berjaya macam apa yang aku impikan. aku lupakan percubaan untuk tamatkan hidup aku. tapi aku tukar cara lain. aku memberontak dan siksa diri aku secara perlahan. tapi semua ini lebih membuatkan diri aku makin rosak. aku berhenti dan kembali pada Dia. mungkin aku terlalu jauh dari Dia membuatkan hidup aku makin hitam dan teruk?

aku menjalinkan hubungan dengan seseorang. pada mulanya aku okey, tapi lama kelamaan aku menjadi stress. aku tak mampu mencintai orang seperti dulu. aku makin hari makin stress kerana si dia memberikan yang terbaik dalam perhubungan itu namun aku tidak. makin hari makin aku tak dapat menerima cara layanan dia walaupun itu adalah impian semua gadis. dilayan dengan baik, dijaga dan berkorban untuk apa sahaja. aku rasa kosong dan tiada sedikit pun perasaan pada dia. akhirnya aku memutuskan untuk mengikut hal masing masing walaupun si dia menolak. 

tapi apakah daya, aku lebih merasa bahagia sendiri. aku tak boleh siksa lagi perasaan aku yang kian hari kian sakit kerana terpaksa melayan dia kerana simpati bukan kerana sayang atau cinta. ya. aku juga tak mampu menyayangi dia. apatah lagi mahu mencintai. ada baiknya aku putuskan hubungan ini dan teruskan hidup aku sendirian kerana ini lebih bahagia untuk aku. sudah lama aku sakit, aku tidak mahu kerana perhubugan ini aku makin sakit. aku betul betul maksudkan aku sakit. hari hari aku doa supaya Allah hadirkan seseorang untuk si dia. perempuan yang pandai menghargai tulus cinta dia. apapun aku tak pernah berhenti mendoakan dia supaya kesakitan dalam hatinya pergi dan digantikan kebahagian yang lain. 

aku mendoakan diri aku untuk terus kuat mencari cebisan diri aku, mencari ketenangan dan kesembuhan pada diri aku dan menjadi diri aku yang baru. mungkin hari ini aku sakit. kita tidak pernah tahu apa oerancangan tuhan pada kita. apa yang boleh kita buat terima takdir kita begini dan bersangka baik dengan ketentuan dia. bangkit perlahan lahan dan tanamkan azam dalam diri aku boleh sembuh dan berjaya jikalau aku bertekad untuk berjuang mencari kesembuhan pada diri aku. aku boleh tapi aku perlukan masa. makin hari makin kuat. itu yang akupinta dan mengharap. walau apepun yang berlaku, jangan toleh belakang lagi. teruskan berjalan mencari makna hidup dan hanya menoleh belakang untuk mengingatkan diri agar jangan jatuh seperti itu lagi. 

akhirnya aku lega. setelah sekian lama aku memendam sakit ini, bulan 3 2020 aku tekad bertemu doktor. aku diagnos bipolar tahap 2. aku diberi rawatan sewajarnya dan kini aku seperti bersemangat untuk jalani hidup baru aku. dengan harapan dengan permulaan ini dapat membawa aku ke arah lebih baik. aku tahu aku perlukan seseorang yang boleh memberi dorongan aku untuk teruskan hidup. alhamdulillah sahabat sahabat aku semua supportive belaka. terima kasih kerana bertanyakan hari ini aku okey ke tak, jika ada sebarang perasaan yang kurang diingini sila beritahu dan luah pada mereka. kata kata ini cukup membuatkan aku terharu dan mengharap diri ini cepat cepat sembuh. 

cukuplah sampai sini sahaja coretan hatiku. ada apa dengan hati? si empunya sahaja yang tahu ada yang bermain dalam benak fikiran dan hati. sekian. 

TAC CIMB CLICK KENA BLOCK?

okey baiklah, hari ni cik ya nak cerita pengalaman cik ya dimana no TAC cimb click cik ya kena block! puncanya dan sebabnya ketika itu line telco cik ya sangat slow dan tersekat. jadi apabila kita tekan request TAC, memakan masa yang lama no tersebut sampai pada cik ya. cik ya rasa menyesal sangat sebab tak boleh tahan sabar hahah haa.. kang dah kena block. memang susah sikit hidup sebab bila nak beli barang online atau buat bayaran online, cik ya terpaksa minta tolong dengan adik cikya untuk urusan beli atau bayaran online ni.

jadi hari ini, fresh fresh lagi ilmu yang cikya dapat macam mana nak settlekan perkara semeyeh macam ni. tapi sebelum tu cikya ada tiga masalah berantai berkaitan dengan cimb click ni, iaitu pertama password cimb click cikya harus kena tukar tapi tak dapat tukar sebab perlukan no TAC ni.

kedua cimb click cikya masih menggunakan nombor lama. untuk pengetahuan awak semua, cikya dah tukar no baru, jadi susah jugak nak handle problem ni sebab no TAC akan dihantar ke no lama tu. aduyai, tepuk dahi cikya, masalah berantai rantai.

jadi hal pertama yang cikya akan buat adalah tukar no lama yang berdaftar di cimb click ke nombor yang baru. ada banyak cara untuk tukar no telefon lama ke no telefon baru untuk cimb click ini dan proses dia teramat senang. cara cikya, cikya pergi ke mesin ATM dan masukkkan kad cimb dalam mesin ATM. lepas tu tekan "lain-lain" dan kemudian cari "cimb click". lepas tu cari "daftar no telefon baru" kalau tak silap cikya lah and yay!! settle tukar nombor baru.

second step cikya settlekan pula no TAC pulak. cikya call no yang tertera dekat atas belakang kad CIMB tu. dulu dah pernah call operator ni tapi susah betul nak angkat. tapi alhamdulillah kali ni mudah dan dijawab.. nasib baik angkat, kalau tak haaa.. hihi.. okey lepas itu akan ada operator yang akan suruh pilih nak tekan no berapa, panggilan untuk apa semua tu, kalau cikya tekan pertanyaan kad kredit je la. apepun kalau salah extension nanti operator tu akan hantar panggilan ke extention yang betul. maka mengadulah cikya kepada operator tu apa masalah yang berlakukan sekarang. alhamdulillah dah selesai step dua untuk aktifkan no TAC cimb click cikya. pengaktifan ini perlu menunggu selama 10 minit untuk aktif balik TAC request tadi.

step ketiga iaitu menukar password cimb click pula. sekarang ni line telco celcom ni tengah  pening sikit. cikya akan settle password ni bila cikya kat tempat kerja nanti. situ line okey sikit hihi..  minta minta semua okey sebab banyak benda nak kena buat kalau TAC adalah masalah lagi. apapun terima kasih baca blog cikya. :) harap blog ni bagi manfaat pada pembaca. cawww

ALKISAHNYA ll

Bismillah Okey ni sambungan post dari post alkisahnya sebelum ini. So basically aku ni sebenarnya banyak sangat nak bagitau dekat korang a...