Saturday, July 4, 2020

ALKISAHNYA

Bismillah

Hari ini seperti awan mendung yang perlahan-lahan sedang berarak pergi. Keadaan kembali okey walaupun tak sepenuhnya okey.

Semalam aku rebah lagi. Mungkin kerana telah lama meninggalkan “sweets” aku. Aku tahu perkara ini akan berlaku lagi namun aku kena ajar diri aku untuk kuat. Memang tidak selamanya kita akan kuat tapi berlajar untuk bertahan. Mungkin dengan cara ini aku akan lebih kenal akan diri aku.

Aku menaip sambil memikirkan sesuatu. Aku suka mendengar dan membaca penulisan orang. Aku suka menulis namun bicara kata tidaklah indah seperti mereka. Aku cemburu. Aku kalau boleh akan cakap seterang habis kerana bagi aku penulisan yang jelas dan terang mudah difahami tapi tipulah tak rasa nak cuba berbunga pabila mengarang.

Namun tanpa aku sedar sebenarnya menulis ini membentuk identity penulis itu sendiri. Kenapa kata macam tu? Kita boleh lihat cara penulisan dan luahannya empunya perwatakan itu bagaimana.

Baik. Dengan ini aku akan menjadi diri sendiri. Aku tak perlu ikut jejak orang sepenuhnya kerana mungkin aku akan lost dengan identiti orang lain.

Heih. Menulis bagi aku adalah satu terapi. Walaupun tidaklah selalu update tapi masih aku akan update satu dua kata dimana-mana platform.

Untuk post kali ini hambar sikit kerana aku tiada apa-apa yang hendak diperkatakan. Dua hari kebelakangan ini aku tidak terlalu sihat. Jadi aku tiada rasa dan jiwa mahu berkarya something.

Kenapa ye tibe-tibe rasa macam ni? Hrm aku tak tahu nak berkelakuan macam mana lagi. Aku kadang macam lost dengan diri sendiri. Rasa something memberat dekat dada. Rasa dada sempit, bernafas kadang tersekat-sekat dan rasa rimas serabut.

Aku cuba sibukkan diri dengan something yang aku suka. Aku keluar jalan-jalan pergi makan, shopping, membaca, menulis, kemas rumah, and dating tengah malam dengan pencipta aku untuk minta ketenangan jiwa raga aku.

Aku tahu lately, lepas final exam lepas aku jadi makin baik tapi lepas tu lusa lepas aku rasa tau lebih lagi aku jadi macam tak keruan. Aku macam tibe-tibe rasa sesak dada, rasa risau and tibe-tibe macam tak percaya dengan diri sendiri.

Eih aku tak nak fikir lebih-lebih and stress lebih-lebih. Aku try buat teknik breathing yg betul tu, pastu try untuk jadi positif and fikir benda-benda baik dan menggembirakan aku.

But one unlucky day, aku tibe-tibe macam sedikit emosi and sensitive tak tentu pasal. I don’t know how to tell you but something make me insecure and overthink. I know benda tu actually bukan a big thing untuk terasa atau overthink but unlucky that time I feel like so sad. My bestfriend not react to my story and I was thinking bad about her.

Oh gosh I am so dumb like benda tu tak patut pun jadi isu. Oh my god, I am unbelievable weirdo. So yeah of course now we are so weird because I am weird. Sape je tak terasa yang kawan sendiri boleh jadi macam ni. But you know what, actually I feel good sebab at least she know I am not pretending great all the time. I also can be someone else (bad), but somehow I am good person. But to me if she want to stay with me and sudi terima my apologize that will be great but if she decides to leave me, that her choice and aku kena hormat dengan keputusan dia.

Macam budak-budak kan? Haha, yeah of course la because untuk something like this happen to me are rare. I don’t have many friend sebab selalunya aku macam dipisahkan dengan diorang. I mean like contoh macam ni ye, I kenal diorang hanya satu semester lebih je lepas tu aku kena tangguh pengajian for two semester then after I continue back my semsester I kena join my junior batch which mean I have no ore chance to be with them anymore. Sedih sangat weh macam ni.

So kitorang pun jumpa tak lama jugak lepas tu sebab lepas tu masing-masing pergi praktikal jauh and tak stay dekat asrama lagi.

Aku pulak jenis perangai tak mesra alam sangat dengan orang. My fault tapi I naturally memang jenis tak kesah pasal orang. Kawan gitu-gitu je la kan as classmate tetambah lagi dengan  junior. Bukan nak sombong tau tapi rasa low confidence gila do bila kena study sorang-sorang, subjek pun kod lain, jadi macam tak suka tau.

Rasa terasing sangat. Sebab tu lepas apa yang jadi dekat aku selama empat tahun ni sebagai pelajar diploma mi,aku kata aku banyak belajar benda dalam hidup aku. Aku dah mula appreciate all kind of relationship, aku start to be friendly dengan orang. I try to bring myself forward mcm cuba untuk bagitau orang tentang kewujudan aku. Haha jangan pelik kenapa aku kata macam ni sebab aku jenis tak suka orang kenal atau tahu kewujudan aku dekat orang. Kalau boleh tak payah tahu la.

Tapi you know what, life no partner we can go, tapi life without friend macam takde colour kau tau tak. Lonely satu hal, pastu macam dull gila. Takde memori indah sangat dengan kawan-kawan since aku dulu masa sekolah pun jenis nak awkward dengan orang. Heih teruk gila perangai.

Dulu kan, masa sekolah aku memang jenis talk kesah sangat pasal kawan atau sape sape yang ada dalam hidup aku tapi one day ada sorang girl ni suka kawan dengan aku. Dia yang perkenalkan aku erti persahabatan untuk pertama kalinya dalam hidup aku.

Tapi yeah I always unlucky bila tibe dalam relay yang serious ni, my friendship journey terputus macam tu je since aku dulu parent aku jenis tak kasi sangat aku keluar bersosial dengan kawan. So aku memang tak pernah kut ada date dengan bestie aku. So I think that is why she left me. It is okey, I understand kalau orang tak kekal lama kawan dengan aku.

So basically jalan cerita pun almost same when I have friend masa diploma ni. Aku jadi macam introvert camtu dengan orang. Tak aktid=f tu satu hal, tak bersosial sangat ngan orang satu hal. Actually people aku ni pun jenis bukan suka social sangat dengan orang. Pemikiran aku kadang macam close minded atau macam mak nenek gitu. Tu tak boleh ni tak boleh end up aku keseorangan. Tapi dulu aku okey sorang sorang tau.

But now I cannot waaa… aku sekarang tak boleh hidup sorang-sorang. Like kalau takde someone special dalam hidup aku, aku rasa macam hari-hari aku dull, rasa lonely nak mampus and feeling like kosong. Rasa boleh mati kalau takde someone yang boleh mengisi hari-hari ceria aku.

Aku kan dah kata sekarang aku  I dah pandai cakap banyak. I mean sekarang more to like pandai speak out apa yang ada dalam hati aku. Jadi aku memang banyak cerita yang nak diceritakan pada orang. So I need a good listener. Sumpah I need them. Aku sekarang tak boleh dah pendam benda-benda yang menyakitkan dalam hati aku lama-lama, nanti aku sakit. Aku akan jatuh sakit. Serious okey I am not kidding. Aku boleh meroyan tibe-tibe tau kalau pendam lama-lama.

Cemana la orang lelaki ni boleh hidup pendam masalah sorang-sorang ea? Weh aku tak boleh brain orang yang jenis pemendam ni. Kuat betul la mental diorang. Sumpah weh korang kuat gila. Aku ni mental tak kuat kut tu cepat sangat nak emosi lebih. Tapi tak boleh nak salahkan aku macam tu lebih-lebih, aku jadi macam ni sebab bersebab okey.

Aku memang tak boleh stress sangat nanti penyakit aku datang lagi. Aku tak nak sakit dah. Sebab tu aku macam ter’train’ diri aku untuk jadi seorang yang bila bercakap, aku cakap direct terus dari hati. Aku nak diri aku clear, orang yang aku sayang pun clear dengan keadaan aku. Like that. So no miscommunication, no gaduh-gaduh lama-lama, no stress out lama-lama.

Like that la people, nak citer panjang-panjang rasa macam panjang gila pulak luah kat sini. Memang syok tulis dari hati ni tapi takpe la, sampai sini je la ceritanya. Aku nak bagitau dekat sahabat-sahabat aku yang aku sayang diorang sangat-sangat. Aku ni memang kadang kalau datang angis kus-kus aku, aku jadi tak boleh nak fikir betul sangat. Memang cakap tak piker dulu. Sorry guys, I really so sorry.

Aku harap orang boleh kenal aku lebih baik lepas ni and yeah we together learn each other, terima baik buruk kita semua dengan hati yang berlapang dada. Mana ada orang yang sempurnakan? Orang kata makin gaduh makin kita nampak kelemahan dia. Jadi dari situ kita ada pilihan untuk stay dengan dia and sama-sama belajar untuk jadi lebih baik atau tinggal je dia.

Tinggal pun tak salah sebenrnya kalau kita tahu kita tak boleh go on dengan orang tu. Jangan stay dalam hubungan yang toxic. Sumpah ni jangan sacrifice diri sebab sayang sedangkan kita tahu pada akhirnya kita seorang akan tersakiti. So pilihan masing-masing. Fikir yang terbaik untuk diri dan si dia.

Alright-alright aku stop now. Kita jumpa dekat next post tau, love you 💕


No comments:

ALKISAHNYA ll

Bismillah Okey ni sambungan post dari post alkisahnya sebelum ini. So basically aku ni sebenarnya banyak sangat nak bagitau dekat korang a...