Wednesday, July 1, 2020

RASA

Masih lagi tercari

Masih lagi cuba untuk mengerti

 

Sesakkan dada semakin memberat

Perasaan yang tidak terluah

 

Ada sesuatu masih lagi tersekat di sini

Ada lagi rasa yang menghantui hati

 

Disebalik tawa ini tersimpan kisah hati

Namun harus disimpan sendiri

 

Terasa sesuatu ganjil

Perasaanku kini sungguh terasa ganjil

 

Apa yang ditulis tidak menggambarkan suasana sebenar hati

Apa perkataan sesuai untuk katakan di sini?

 

Aku sungguh lemas

Ia sungguh menyesakkan

 

Kenapa seperti ada yang tidak dilunasi?

Apa

Apa yang aku mahukan

Daripada diri aku?

 

Apa yang aku mahu?

Kenapa berperasaan ini?

Apa yang aku mahu!

 

Amarah terasa dingin

Adakah ini kerana aku marah?

Kerana aku sedih? 

Kenapa?

Tolong katakan kenapa begini?


Rasa seperti udara yang terkumpul di ruang peparu sendiri

Seperti bernyawa dengan mulut 

Seperti ada tangan mengenggam peparu ini


Dada ditekan-tekan

Bernafas tersekat-sekat


Seperti aku sedang menahan nafas

Seperti menahan lelah ketika berlari

 

Hendak dilepaskan

Namun seperti disekat dengan jejari

 

Berat

Sungguh berat rasa ini


Aku ketawa kecil

Kenapa lucu aku rasakan?

Kerana keliru dengan diri? 


Aku ketawa sendiri 

Kerana tidak mengerti diri ini lagi

 

Kerana masih tidak memahami apa yang dimahukan

apa yang dimarahkan

apa yang disedihkan

 

kosong

seperti ruang tangki ruang perasaanku

retak di bawah

Airnya mengalir keluar

mengeringkan sisa rasa di dalam tangki ini

 

rasanya seperti itu

kosong

Sungguh kosong


No comments:

ALKISAHNYA ll

Bismillah Okey ni sambungan post dari post alkisahnya sebelum ini. So basically aku ni sebenarnya banyak sangat nak bagitau dekat korang a...