Tuesday, June 30, 2020

MAKNA C.I.N.T.A

Sebenarnya dalam hidup ini, macam-macam benda kita nak capai. Dalam banyak-banyak perkara yang kita teruja nak cari dan capai adalah cinta.

Apa yang membuatkan kita teruja gila nak cari cinta? Untuk anak muda seperti aku ini, masih lagi tercari-cari erti kehidupan ini, cinta ini sesuatu yang didambakan. Tipu la kan tak rasa cemburu tengok couple keluar dating berdua-duaan, sweet-sweet macam tu. Tengok pulak orang yang couple pastu kawin. Lagi rasa macam sendu habis sebab yang kawin tu dalam lingkungan umur kita. Terasa keseorangan, terasa hidup ini sunyi tanpa peneman.

Cinta itu fitrah kepada semua makhluk yang bernyawa dan berakal atas muka bumi ini. Namun sering kali kesucian cinta itu dinodai dengan acara maksiat yang kita cipta. Kenapa ianya menjadi maksiat? Kerana cinta itu disertai dengan hawa nafsu. Maka kotorlah cinta itu yang pada awalnya Allah campakkan dalam hati dalam keadaan suci dan putih.

Untuk mengenali cinta yang baik dan terjaga ini cukup senang namun untuk menjaganya cukup susah. Betulkan? Jarang kita lihat cinta ini dijaga dengan iman. Apabila kita mencintai seseorang, kita seperti terkeluar dari landasan syariat yang sebenar. Kenapa? Kerana dunia hari ini mengagung-agungkan cinta yang haram.

Memang tidak mampu disangkal kadang hati terdetik untuk bertuhankan nafsu. Seperti iman itu tiada hilang entah kemana kerana sayang dan kasih kepada makhluk melebihi rasa cinta dan kasih sayang kita pada Allah dan agamaNya. Betulkan?

Masuk topik cinta ini sebenarnya banyak mengajar aku menjadi lebih matang dan berjaga-jaga.  Aku juga seperti anak muda lain yang berdarah panas dan teruja apabila menerima suatu rasa yang sangat “lain”. Aku juga bukan seorang yang begitu “menjaga” kerana persekitaranku adalah lebih kepada open minded begitu.

Banyak hal yang aku belajar bila berkata tentang cinta. Banyak juga kisah pahit dan manis yang aku lalui apabila menyentuh soal cinta. Jika hendak dikisahkan di sini, mungkin helaian ketiga mencukupi untuk aku luahkan dan ceritakan di sini.

Sejujurnya, apabila aku melihat diri aku dulu dan sekarang terlalu banyak luka berdarah, parut menghiasi hati aku. Namun dengan luka dan pahit pengalaman itu mengajar aku menjadi seorang perempuan yang kuat, lebih rasional dan teliti dalam mendalami cinta sejati.

Hakikatnya, apabila kita mengejar something, mengejar sesuatu yang kita cinta, ingin memiliki apa yang kita suka dan sayang dan cinta, kita mungkin ketika itu terlepas pandang akan sesuatu dalam hidup kita. Dalam asyik memberi hati kepada si dia, kita terlupa untuk menjaga dan memberi hati kita, dan menyimpan secebis ruang pengharapan kasih kepada Dia.

Kerana itu, kita hati kita terluka yang sangat dalam dan penuh kecewa apabila apa yang kita ingin miliki bukan milik kita. Pernah tak kita cuba muhasabah diri kenapa apa jua bentuk perkara yang kita suka end up akan tinggalkan kita?

Hidup kita ini sebenarnya perlukan Dia untuk jaga hati kita. Bila kita mulai terdetik untuk mendapatkan cinta si dia, mohonlah kepada pemilik hati untuk dapatkannya. Berdoalah ketika hati menjadi lemah dengan rasa itu, “ Ya Allah, andai si dia (nama) adalah dicipta untuk menjadi jodohku,dekatkanlah dia dengan cintaMu. Seperti mana aku menyayangi dia, kau jagalah dia. Cinta ini milik Mu ya Allah, anugerah yang terindah kepada hamba yang cuba berusaha menjadi baik dan mendekatkan diri padaMu, kau campakkan rasa cinta dan saying ku pada Mu melebihi cinta aku pada dia. Lindungi hati dan iman aku Ya Allah. Lindungi aku dari kelalaian yang lagi menyesatkan hati. Sesungguhnya kau adalah sebaik-baik perancang lagi Maha Mengetahui isi hatiku yang paling dalam. Selamatkan jiwa dan iman ku dan dia dari kelalaian lagi menyesatkan ini. Kurniakan kami jodoh yang baik, kurniakan kami cinta dan taqwa yang tinggi padaMu. Satukan kami atas keredhan Mu. Semoga kami tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa.”

Mohon la pada Allah untuk menjaga cinta kita. Tiada kuasa yang lebih besar dan tiada satu pergantungan yang kita mampu cari kecuali memberi seratu peratus pengharapan pada Allah untuk menjaganya.

Inilah mutiara yang kita hilang tika kita terlalu mencari erti sebenar sebuah cinta sejati. Kita mungkin takut kehilangan dan takut terluka andai si dia bukan ditakdirkan untuk kita. Aku sungguh faham perasaan itu namun, percayalah apa yang ingin hati ini sampaikan, jika kita melepaskan sesuatu atas niat kerana takut dengan murka Allah, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih besar dan sesuatu yang tidak terjangkau akal fikiran kita untuk masa akan datang.

Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan cintaNya melebihi cinta kita pada Dia itu yang pasti.

Andai saat ini ada hati yang sedang terluka kerana cinta tidak berbalas, andai saat ini ada hati yang lelah kerana pertahankan cinta tidak kesampaian, ingatlah , melepaskan sesuatu yang kita sayang adalah salah satu bnetuk pengorbanan yang cukup besar dan indah pada akhirnya. Berhenti berharap kepada yang tidak sudi. Ya melepaskan itu bukan suatu hal yang mudah untuk dimulakan. Namun kita harus mengajar hati kita untuk menerima kesedihan dan kekecewaan ini sebagai suatu pengajaran dalam hidup kita bahawasanya cinta pada manusia tiada yang kekal. Hanya cinta pada Ilahi sahaja akan kekal untuk selamanya.

Jika kita melihat cinta ini dengan mata hati yang hidup, pasti kita akan temukan suatu ketenangan dalam kesedihan ini. Sentiasa istiqamah dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Mulakan hidup baru dan azam baru. Kuatkan semangat dan kentalkan hati.

Untuk hati yang tersakiti,

Tidak mengapa untuk bersedih. Tidak mengapa merintih pada Dia di malam hari. Tidak mengapa bersedih kerana hati terlalu terluka. Menangislah. Menangis sepuas hatimu. Namun, jangan sakit terlalu lama, Allah ada dengan kita. Allah sentiasa ada untuk kita sahabat. Cari Dia, luah segalanya pada dia. Mohonlah kasih dan sayangNya, mohonlah dikurniakan hati yang kuat. Mohonlah kekuatan kepada Dia. Mohon dan bertaubat pada Dia. Berhenti ulangi perbuatan yang lalu.

Mulakan hidup baru. Hargai insan-insan disekelilingmu. Hargai masa yang pernah kau terlepas untuk mereka. Hargai keluargamu, hargai sahabat-sahabatmu, hargai insan yang hadir dan pergi dalam hidupmu tanpa ragu-ragu. Buang sikap mengharap kasih dan sayang daripada manusia. Pasang niat untuk bahagiakan diri sendiri dulu dengan membuat baik kepada semua orang. Itu sebenarnya yang terpenting yang perlu kita lakukan kepada diri kita sebelum mencintai seseorang dan membenarkan sebahagian hati kau dimiliki orang lain. Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih. 

Sunday, June 21, 2020

BISIKAN HATI SAHABAT

bismillah, 

pagi isnin bagi kebanyakan orang adalah hari yang paling kurang digemari. monday blues la nak dikatakan tapi hari ini untuk aku hari yang begitu tenang sekurangnya untuk diri aku ini. 

pukul 7 dah bangun sarapan dan isi halwa telinga dengan lagu ali gatie and lagu sweet sad korean songs. walaupun hari ini aku akan duduki exam final secara online ia tak menganggu fikiran aku sangat. 

aku cuma terkenang sahabat aku yang kini sedang bersedih dan bergelut suatu rasa dalam diri dia sendirian, tanpa sesiapa mengerti rasa itu. aku risau. dia seorang gadis yang kuat dan lantang bagi aku. friendly and selesa bila bersama dia. namun hari ini aku seperti tidak mengenali gadis ini. dia sungguh berbeza sekarang.

aku menganggapnya sebagai teman yang baik dan rapat dengan aku. aku terkilan sebenarnya kerana ketika ini aku berada jauh dengannya sedangkan dia memerlukan seseorang untuk relay on. tak semua orang tahu cara untuk meluah rasa. ada yang memilih untuk berdiam dan simpan rasa sendirian kerana tidak tahu cara yang baik untuk meluah. mungkin dia tiada kepercayaan untuk meluahkan sesuatu perkara kepada orang lain? siapa tahu.

walau apapun aku doakan sahabat aku kuat. aku betul betul doa supaya Allah pinjamkan sedikit kekuatan kepada dia untuk teruskan hidup dia seperti dulu. 

setiap orang ada kisah, permasalahan yang mungkin berat untuk dia tapi tidak untuk kita. ujian setiap orang berbeza bergantung dengan keupayaanya. Allah tak pernah kejam menghukum seseorang hambanya tanpa sebab. 

wahai kawan walau apapun terjadi jangan berputus asa. hargai dirimu selalu. lihat kebaikan yang ada dalam dirimu. aku faham sangat sangat perasaan rendah diri, overthinking, dan segala ketakutan yang kau hadapi kerana aku juga pernah berada di tempat yang sama. 

terkadang aku melihat seseorang yang sedang serabut dan tercari cari jawapan dan cara untuk melepaskan diri ini seorang yang kuat dalam menerima ujian. meski hati sudah tak terdaya, dia masih bersangka baik dan tak cuba melakukan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai bodoh. maaf tapi itu yang aku rasakan. setidaknya dia masih cuba untuk bertahan dan berpura pura kuat. aku terharu dan tahniah sahabat, kau kuat.

seperti refleksi pada diri. 
aku melihat dia seperti aku dan aku seperti dia.
walaupun perjalanan hidup kita tidaklah sama tapi masih ada miripnya.

aku terlalu mengerti rasa lelah dalam hati untuk terus bertahan. yang sedang bergelut berperang dengan diri sendiri. ianya suatu yang tidak nampak apa yang kita takuti dalam diri. takut dengan diri sendiri. takut dengan orang sekeliling. terlalu sukar untuk percaya pada diri dan orang lain. ianya suatu yang memenatkan. terlalu penat. sukar untuk dijelaskan. akhirnya apa yang mampu aku buat adalah menangis. hingga satu tahap kau tak mampu untuk alirkan air mata itu lagi. 

seperti hidup tapi mati. seperti berseorangan sedangkan kau dikelilingi kawan yang membahagiakan. ketawa dalam sedih. ya, ianya suatu yang memenatkan. berpura pura gembira sedangkan kau mati dari dalam. perlahan lahan hancurkan diri sendiri. dada terasa sempit. nafas bagai ditahan. jantung berdegup kencang. kau bagaikan terpanasaran. kaku dengan perubahan diri yang drastik, namun tiada kudrat untuk menepisnya lagi. 

kau lalui perasaan yang kosong dan berat setiap hari. minda kau tak pernah berhenti berkata kata. bising. kalau ini terjadi apa yang akan berlaku? kalau aku buat ini akan terjadi begini. sehingga benda yang baik akhirnya menjadi buruk pada pandangan mu. bersangka buruk dan was-was. tidur malam bukan lagi satu keprluan. kau tak tahu betapa letih dan tersiksa hidup dalam keadaan demikian. 

hingga masalah kau yang disimpan dalam hati tidak lagi mampu ditanggung. dia meletup. fikiran tidak lagi waras. di mata dan minda hanya melihat mati adalah cara untuk dia bahagia. keluar dari kemelut diri yang tidak berkesudahan ini. ya lebih baik pergi. tiada guna untuk teruskan hidup ini lagi. aku penat. 

that is how it feels like. yang boleh aku jelaskan dengan bait ayat. semoga perkongsian ini jelas kepada yang ingin menyelami hati insan yang disayangi. 


NERVOUS

bismillah.. 

esok adalah hari yang penting dalam hidup aku. 

22/6/2020 (isnin) aku akan menduduki final exam semester 6 diploma farmasi. 

macam macam aku rasa sekarang. nervous, excited, terharu, sebak, gembira, sedih semua perasaan ini menjadi satu. tipu aku kata sepanjang bergelar seorang pelajar diploma farmasi ini tiada suka duka, pahit manis yang semua ini telah aku tempuhi dengan jayanya, alhamdulillah syukur pada Allah yang memberi dan meminjam sedikit kekuatan kepada aku untuk sampai pada tahap ini. 

panjang kisah nak aku ceritakan sebenarnya pada malam ini. hihi jangan risau aku dah study dan sekarang aku nak rilek kejap. 

apa cabaran besar yang aku hadapi sepanjang bergelar student pharmacy ni? apa kenangan yang tak boleh aku lupakan? 

first, cabaran terbesar aku adalah of course tentang pembelajaran aku. mestilah untuk student farmasi kita wajib ada amali dalam lab kan, dan nak dijadikan cerita itu adalah satu perkara yang susah aku nak belajar dan catch up. mungkin sebab aku tak nampak lagi dunia sebenar sebagai penolong pegawai farmasi jadi aku macam tak boleh relate pada awalnya. 

tapi setelah hampir setahun jalani praktikal di hospital ( aku tak sempat nak pergi praktikal di klinik memandangkan ketika itu kes covid 19 melanda malaysia) aku mula nampak apa yang aku belajar sekarang. alhamdulillah, walaupun masih baru dan merangkak tapi aku cuba untuk terus berjalan walaupun banyak buat salah pada mulanya.

apa kenangan yang aku tak boleh aku lupakan? banyak guys. banyak sangat benda berlaku pada aku sepanjang aku jadi student diploma farmasi ni.

satu entry ni tak cukup nak cover cerita aku ni hihi. yang penting untuk setiap pengalaman yang aku lalui itu yang mengajar aku untuk lebih dewasa dan membentuk diri aku sekarang. 

doakan aku berjaya dunia akhirat guys. diberi rezeki yang tidak disangka sangkakan, dikurniakan kecukupan harta, ilmu yang tidak terputus putus, dan murah rezeki untuk berkongsi dengan orang lain. insya Allah dengan apa yang aku dapat sekarang ni aku niatkan untuk berkhitmat dengan tekun dan ikhlas untuk agama aku, bangsa aku, negara aku, insya Allah, aaminn aaminn. 

untuk esok aku doakan semua berjalan lancar. untuk batch july 2017 semoga korang berjaya tau. aku tumpang gembira diorang graduate on time. 

oh yang mana tak tahu aku defer satu tahun (dua semester) sebab sakit. jadi aku tak graduate on time but it is okey guys. everyone has their own timeline, keep calm and keep moving forward. allah kan dah atur jalan hidup kita ni paling baik dah, jadi kita kena yakin dan banyak bersangka baik pada Dia 😊. 

untuk post kali ni pendek la sikit sebab sebenarnya nak luah rasa syukur dan gementar aku sebagai student final year ni. untuk korang yang rasa happy tahniah aku ucapkan tapi untuk someone macam aku, yang sedikit lain (orang lain happy rilek, aku pulak nervous and mix feeling) aku nasihatkan untuk diri aku dan diri awak yang semua ni okey. tak perlu berfikir lebih lebih. alihkan fikiran kita dengan memikirkan sesuatu yang baik. kita boleh buat 😉 

insya Allah semua, aku nak sambung baca sikit sikit. rasa lega sikit bila luahkan apa yang berselirat dalam hati ni. see you next entry. 

assalamualaikum ✌






ALKISAHNYA ll

Bismillah Okey ni sambungan post dari post alkisahnya sebelum ini. So basically aku ni sebenarnya banyak sangat nak bagitau dekat korang a...