Sunday, June 21, 2020

BISIKAN HATI SAHABAT

bismillah, 

pagi isnin bagi kebanyakan orang adalah hari yang paling kurang digemari. monday blues la nak dikatakan tapi hari ini untuk aku hari yang begitu tenang sekurangnya untuk diri aku ini. 

pukul 7 dah bangun sarapan dan isi halwa telinga dengan lagu ali gatie and lagu sweet sad korean songs. walaupun hari ini aku akan duduki exam final secara online ia tak menganggu fikiran aku sangat. 

aku cuma terkenang sahabat aku yang kini sedang bersedih dan bergelut suatu rasa dalam diri dia sendirian, tanpa sesiapa mengerti rasa itu. aku risau. dia seorang gadis yang kuat dan lantang bagi aku. friendly and selesa bila bersama dia. namun hari ini aku seperti tidak mengenali gadis ini. dia sungguh berbeza sekarang.

aku menganggapnya sebagai teman yang baik dan rapat dengan aku. aku terkilan sebenarnya kerana ketika ini aku berada jauh dengannya sedangkan dia memerlukan seseorang untuk relay on. tak semua orang tahu cara untuk meluah rasa. ada yang memilih untuk berdiam dan simpan rasa sendirian kerana tidak tahu cara yang baik untuk meluah. mungkin dia tiada kepercayaan untuk meluahkan sesuatu perkara kepada orang lain? siapa tahu.

walau apapun aku doakan sahabat aku kuat. aku betul betul doa supaya Allah pinjamkan sedikit kekuatan kepada dia untuk teruskan hidup dia seperti dulu. 

setiap orang ada kisah, permasalahan yang mungkin berat untuk dia tapi tidak untuk kita. ujian setiap orang berbeza bergantung dengan keupayaanya. Allah tak pernah kejam menghukum seseorang hambanya tanpa sebab. 

wahai kawan walau apapun terjadi jangan berputus asa. hargai dirimu selalu. lihat kebaikan yang ada dalam dirimu. aku faham sangat sangat perasaan rendah diri, overthinking, dan segala ketakutan yang kau hadapi kerana aku juga pernah berada di tempat yang sama. 

terkadang aku melihat seseorang yang sedang serabut dan tercari cari jawapan dan cara untuk melepaskan diri ini seorang yang kuat dalam menerima ujian. meski hati sudah tak terdaya, dia masih bersangka baik dan tak cuba melakukan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai bodoh. maaf tapi itu yang aku rasakan. setidaknya dia masih cuba untuk bertahan dan berpura pura kuat. aku terharu dan tahniah sahabat, kau kuat.

seperti refleksi pada diri. 
aku melihat dia seperti aku dan aku seperti dia.
walaupun perjalanan hidup kita tidaklah sama tapi masih ada miripnya.

aku terlalu mengerti rasa lelah dalam hati untuk terus bertahan. yang sedang bergelut berperang dengan diri sendiri. ianya suatu yang tidak nampak apa yang kita takuti dalam diri. takut dengan diri sendiri. takut dengan orang sekeliling. terlalu sukar untuk percaya pada diri dan orang lain. ianya suatu yang memenatkan. terlalu penat. sukar untuk dijelaskan. akhirnya apa yang mampu aku buat adalah menangis. hingga satu tahap kau tak mampu untuk alirkan air mata itu lagi. 

seperti hidup tapi mati. seperti berseorangan sedangkan kau dikelilingi kawan yang membahagiakan. ketawa dalam sedih. ya, ianya suatu yang memenatkan. berpura pura gembira sedangkan kau mati dari dalam. perlahan lahan hancurkan diri sendiri. dada terasa sempit. nafas bagai ditahan. jantung berdegup kencang. kau bagaikan terpanasaran. kaku dengan perubahan diri yang drastik, namun tiada kudrat untuk menepisnya lagi. 

kau lalui perasaan yang kosong dan berat setiap hari. minda kau tak pernah berhenti berkata kata. bising. kalau ini terjadi apa yang akan berlaku? kalau aku buat ini akan terjadi begini. sehingga benda yang baik akhirnya menjadi buruk pada pandangan mu. bersangka buruk dan was-was. tidur malam bukan lagi satu keprluan. kau tak tahu betapa letih dan tersiksa hidup dalam keadaan demikian. 

hingga masalah kau yang disimpan dalam hati tidak lagi mampu ditanggung. dia meletup. fikiran tidak lagi waras. di mata dan minda hanya melihat mati adalah cara untuk dia bahagia. keluar dari kemelut diri yang tidak berkesudahan ini. ya lebih baik pergi. tiada guna untuk teruskan hidup ini lagi. aku penat. 

that is how it feels like. yang boleh aku jelaskan dengan bait ayat. semoga perkongsian ini jelas kepada yang ingin menyelami hati insan yang disayangi. 


No comments:

ALKISAHNYA ll

Bismillah Okey ni sambungan post dari post alkisahnya sebelum ini. So basically aku ni sebenarnya banyak sangat nak bagitau dekat korang a...