Tuesday, June 30, 2020

MAKNA C.I.N.T.A

Sebenarnya dalam hidup ini, macam-macam benda kita nak capai. Dalam banyak-banyak perkara yang kita teruja nak cari dan capai adalah cinta.

Apa yang membuatkan kita teruja gila nak cari cinta? Untuk anak muda seperti aku ini, masih lagi tercari-cari erti kehidupan ini, cinta ini sesuatu yang didambakan. Tipu la kan tak rasa cemburu tengok couple keluar dating berdua-duaan, sweet-sweet macam tu. Tengok pulak orang yang couple pastu kawin. Lagi rasa macam sendu habis sebab yang kawin tu dalam lingkungan umur kita. Terasa keseorangan, terasa hidup ini sunyi tanpa peneman.

Cinta itu fitrah kepada semua makhluk yang bernyawa dan berakal atas muka bumi ini. Namun sering kali kesucian cinta itu dinodai dengan acara maksiat yang kita cipta. Kenapa ianya menjadi maksiat? Kerana cinta itu disertai dengan hawa nafsu. Maka kotorlah cinta itu yang pada awalnya Allah campakkan dalam hati dalam keadaan suci dan putih.

Untuk mengenali cinta yang baik dan terjaga ini cukup senang namun untuk menjaganya cukup susah. Betulkan? Jarang kita lihat cinta ini dijaga dengan iman. Apabila kita mencintai seseorang, kita seperti terkeluar dari landasan syariat yang sebenar. Kenapa? Kerana dunia hari ini mengagung-agungkan cinta yang haram.

Memang tidak mampu disangkal kadang hati terdetik untuk bertuhankan nafsu. Seperti iman itu tiada hilang entah kemana kerana sayang dan kasih kepada makhluk melebihi rasa cinta dan kasih sayang kita pada Allah dan agamaNya. Betulkan?

Masuk topik cinta ini sebenarnya banyak mengajar aku menjadi lebih matang dan berjaga-jaga.  Aku juga seperti anak muda lain yang berdarah panas dan teruja apabila menerima suatu rasa yang sangat “lain”. Aku juga bukan seorang yang begitu “menjaga” kerana persekitaranku adalah lebih kepada open minded begitu.

Banyak hal yang aku belajar bila berkata tentang cinta. Banyak juga kisah pahit dan manis yang aku lalui apabila menyentuh soal cinta. Jika hendak dikisahkan di sini, mungkin helaian ketiga mencukupi untuk aku luahkan dan ceritakan di sini.

Sejujurnya, apabila aku melihat diri aku dulu dan sekarang terlalu banyak luka berdarah, parut menghiasi hati aku. Namun dengan luka dan pahit pengalaman itu mengajar aku menjadi seorang perempuan yang kuat, lebih rasional dan teliti dalam mendalami cinta sejati.

Hakikatnya, apabila kita mengejar something, mengejar sesuatu yang kita cinta, ingin memiliki apa yang kita suka dan sayang dan cinta, kita mungkin ketika itu terlepas pandang akan sesuatu dalam hidup kita. Dalam asyik memberi hati kepada si dia, kita terlupa untuk menjaga dan memberi hati kita, dan menyimpan secebis ruang pengharapan kasih kepada Dia.

Kerana itu, kita hati kita terluka yang sangat dalam dan penuh kecewa apabila apa yang kita ingin miliki bukan milik kita. Pernah tak kita cuba muhasabah diri kenapa apa jua bentuk perkara yang kita suka end up akan tinggalkan kita?

Hidup kita ini sebenarnya perlukan Dia untuk jaga hati kita. Bila kita mulai terdetik untuk mendapatkan cinta si dia, mohonlah kepada pemilik hati untuk dapatkannya. Berdoalah ketika hati menjadi lemah dengan rasa itu, “ Ya Allah, andai si dia (nama) adalah dicipta untuk menjadi jodohku,dekatkanlah dia dengan cintaMu. Seperti mana aku menyayangi dia, kau jagalah dia. Cinta ini milik Mu ya Allah, anugerah yang terindah kepada hamba yang cuba berusaha menjadi baik dan mendekatkan diri padaMu, kau campakkan rasa cinta dan saying ku pada Mu melebihi cinta aku pada dia. Lindungi hati dan iman aku Ya Allah. Lindungi aku dari kelalaian yang lagi menyesatkan hati. Sesungguhnya kau adalah sebaik-baik perancang lagi Maha Mengetahui isi hatiku yang paling dalam. Selamatkan jiwa dan iman ku dan dia dari kelalaian lagi menyesatkan ini. Kurniakan kami jodoh yang baik, kurniakan kami cinta dan taqwa yang tinggi padaMu. Satukan kami atas keredhan Mu. Semoga kami tergolong dalam golongan yang beriman dan bertaqwa.”

Mohon la pada Allah untuk menjaga cinta kita. Tiada kuasa yang lebih besar dan tiada satu pergantungan yang kita mampu cari kecuali memberi seratu peratus pengharapan pada Allah untuk menjaganya.

Inilah mutiara yang kita hilang tika kita terlalu mencari erti sebenar sebuah cinta sejati. Kita mungkin takut kehilangan dan takut terluka andai si dia bukan ditakdirkan untuk kita. Aku sungguh faham perasaan itu namun, percayalah apa yang ingin hati ini sampaikan, jika kita melepaskan sesuatu atas niat kerana takut dengan murka Allah, Allah akan gantikan sesuatu yang lebih besar dan sesuatu yang tidak terjangkau akal fikiran kita untuk masa akan datang.

Allah itu tidak pernah menzalimi hambaNya. Bahkan cintaNya melebihi cinta kita pada Dia itu yang pasti.

Andai saat ini ada hati yang sedang terluka kerana cinta tidak berbalas, andai saat ini ada hati yang lelah kerana pertahankan cinta tidak kesampaian, ingatlah , melepaskan sesuatu yang kita sayang adalah salah satu bnetuk pengorbanan yang cukup besar dan indah pada akhirnya. Berhenti berharap kepada yang tidak sudi. Ya melepaskan itu bukan suatu hal yang mudah untuk dimulakan. Namun kita harus mengajar hati kita untuk menerima kesedihan dan kekecewaan ini sebagai suatu pengajaran dalam hidup kita bahawasanya cinta pada manusia tiada yang kekal. Hanya cinta pada Ilahi sahaja akan kekal untuk selamanya.

Jika kita melihat cinta ini dengan mata hati yang hidup, pasti kita akan temukan suatu ketenangan dalam kesedihan ini. Sentiasa istiqamah dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Mulakan hidup baru dan azam baru. Kuatkan semangat dan kentalkan hati.

Untuk hati yang tersakiti,

Tidak mengapa untuk bersedih. Tidak mengapa merintih pada Dia di malam hari. Tidak mengapa bersedih kerana hati terlalu terluka. Menangislah. Menangis sepuas hatimu. Namun, jangan sakit terlalu lama, Allah ada dengan kita. Allah sentiasa ada untuk kita sahabat. Cari Dia, luah segalanya pada dia. Mohonlah kasih dan sayangNya, mohonlah dikurniakan hati yang kuat. Mohonlah kekuatan kepada Dia. Mohon dan bertaubat pada Dia. Berhenti ulangi perbuatan yang lalu.

Mulakan hidup baru. Hargai insan-insan disekelilingmu. Hargai masa yang pernah kau terlepas untuk mereka. Hargai keluargamu, hargai sahabat-sahabatmu, hargai insan yang hadir dan pergi dalam hidupmu tanpa ragu-ragu. Buang sikap mengharap kasih dan sayang daripada manusia. Pasang niat untuk bahagiakan diri sendiri dulu dengan membuat baik kepada semua orang. Itu sebenarnya yang terpenting yang perlu kita lakukan kepada diri kita sebelum mencintai seseorang dan membenarkan sebahagian hati kau dimiliki orang lain. Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih. 

No comments:

ALKISAHNYA ll

Bismillah Okey ni sambungan post dari post alkisahnya sebelum ini. So basically aku ni sebenarnya banyak sangat nak bagitau dekat korang a...