Saturday, July 4, 2020

ALKISAHNYA ll

Bismillah

Okey ni sambungan post dari post alkisahnya sebelum ini. So basically aku ni sebenarnya banyak sangat nak bagitau dekat korang apa aku rasa sekarang haha, but you know aku rasa takde orang pun yang baca post aku sebenarnya haha. But it’s okey. Aku tetap nak mengarang walaupun takde orang baca post aku hahaha.

Aku baca semula post aku sebelum ni, banyak pulak typo dalam tu alamak tapi takpe la aku rasa orang paham kut apa aku nak cerita tu hehehe. So tau banyak typo sebab aku tak sempat nak pikir pasal typo-typo ni sebab aku banyak benda nak tulis. kalau lambat tulis nanti hilang wei, betul ni. tetibe je rasa lemau kalau ada idea nak tulis tapi kena betulkan dulu typo tu. Spoil! So sebab tu aku kalau nak betulkan typo tu, dua tiga hari akan datang gitu atau lepas dah post semua cerita baru cek hahaah da ke macam tu perangai 😂😅

So aku nak sambung sikit pasal kawan ni. So since aku sekarang ada la beberapa ketul yang aku rasa selesa and anggap dia kawan baik aku, so aku rasa lega sangat. Kita kena tahu yang orang ni banyak peel yang sukar dimengertikan. So aku ni jenis yang kat depan-depan jaga perangai jugak tapi kalau dekat virtual life haaa kau, kau tengah melihat dan mengenal seorang yang lain gitu. Maksudnya aku ni bukanlah jenis crack macam ni hihi tapi ada je time aku kepala tak betul aku bagi je orang tengok perangai tak senonoh aku ni.

Tapikan r

Aku memang rasa best gila tulis benda-benda camni dekat sini. Rasa macam tengah bercakap dengan kawan tapi sebenarnya tah ada tah tidak orang perasan kewujudan blog aku. Aku jenis suka benda-benda simple je, tak straight sangat and sempoi. Aku ada la tengok sesetengah blog senior aku tu, uish bapak ah ilmiah gila. Seram aku. Sebab tu aku rasa macam insecure sikit kalau nak suruh orang baca blog aku sebab memang kalau rasa nak baca benda-benda tauladan ke benda-benda yang berilmiah gitu memang blog aku ni out la.

Aku buat blog ni kan bukan sebab nak tulis benda-benda camtu, aku buat blog ni sebab aku memang selalu crave nak bercakap. Aku pulak kalau nak bercakap bukan benda-benda penting pun sebenarnya, tapi lebih macam up-to-date apa yang jadi dekat aku sebenarnya.

So kat sini, kalau aku tulis, aku macam boleh pantau la diri aku ni macam mana. Since aku ni kekadang bukan sihat pun, jadi kena la kan take extra precautious dekat diri ni.

Hari ni actually aku paksa tau diri aku untuk bangun buat kerja and pretend aku okey what so ever tapi you know what? It’s work. I mean aku macam okey dah dari semalam. So kat sini nak kata kalau kita macam tak bermotivasi atau tibe-tibe macam mood tak betul tu kan, apa kata la try apa yang aku buat.

Aku mula-mula bangun dari tidur tu aku duduk dulu sambil merenung bilik aku yang gelap romantic ni. Lepas tu aku stretching sikit-sikit biar urut saraf aku ni tak tegang sangat. Lepas tu tarik nafas panjang-panjang and hembus sampai rasa nafas semua keluar. Pastu ulang-ulang sampai rasa boleh control diri.

Since aku nijeis macam lambat hilang bad mood tu, aku bukak la phone tengok benda-benda yang lawak sikit. Tengok crush tengah buat apa, eh hahaha macam tu la lebih kurang. Aku gurau je ada crush. Cakap pasal crush aku tak crush dekat sape-sape don’t worry. Bukan takde yang berkenan tapi tu la. Biar la. Aku nak bersenang-senang dengan diri aku dulu.

Kalau orang kata, “crush je pun” to me la kan, tu macam kita sedang memberi harapan dekat dia jugak tapi sembunyi-sembunyi. Apo gitu, baik cakap terus. Dia reject kita move on je la hahaah. Senang tak payah la buang masa lama-lama dekat benda yang tak pasti.

Aku pernah tau dulu-dulu crush dekat seseorang. So apa aku buat aku bagitau je dia apa perasaan aku. Aku ni memang bodoh jugak sebenarnya sebab kadang aku malas nak piker panjang-panjang dengan tindakan aku ni. Aku bila bagitau tu mesti la dengan harapan dia macam “eh, boleh kut bagi chance nak kenal-kenal dengan aku” hahah tetapi tidak wei. Yang bagusnya crush aku ni dia reject aku dengan cara yang sangat baik dan lemah lembut. Yang tu aku suka.

So bila dah kena reject tu kita move on je la wei walaupun sedihkan. Tapi kita tak boleh la sedih lama-lama sebab tu memang risiko dia kalau terlebih berani hahaha.

Okey, so kembali ke topic asal, lepas aku macam dah gain something good and macam ada terlihat aura-aura positif menerawangi sekeliling aku ni, so aku bangun kemas-kemas katil, sapu bilik pastu baru keluar jenguk manusia.

Sebenarnya dalam apa jua pun, kita patut latih diri kita prepare pagi kita dengan sesuatu yang baik. Kalau aku rajin terlebih atau tiba-tiba rasa hari tu pagi tu nampak tenang, matahari macam ceria je nampak aku, aku akan workout pagi tu. Pergh rasa lega rasa. Rasa macam aura positif tu ketuk-ketuk pintu rumah nak masuk.

Ni terbayang pun rasa lega, kalau buat ni memang confirm hari tu kawan aku dapat hadiah hahahah. Jadi inilah serba sedikit tips aku nak kongsikan macam mana nak handle bad mood di diang hari. Tapi tu la kan, kadang aku tak selalu begini. Marilah kita berdoa semua supaya sentiasa pagi kita ni sentiasa tenang dan ceria dan paling penting penuh rahmat Dia.

Apa lagi nak aku nak cakap eh, aku rasa tadi macam banyak je aku nak kata tapi dah hilang dah. So takpe la, lain kali pulak kita sambung sesi perbualan kopi O nasi lemak kita ni ye.

Until we will see again. Bye yihik! 😆


ALKISAHNYA

Bismillah

Hari ini seperti awan mendung yang perlahan-lahan sedang berarak pergi. Keadaan kembali okey walaupun tak sepenuhnya okey.

Semalam aku rebah lagi. Mungkin kerana telah lama meninggalkan “sweets” aku. Aku tahu perkara ini akan berlaku lagi namun aku kena ajar diri aku untuk kuat. Memang tidak selamanya kita akan kuat tapi berlajar untuk bertahan. Mungkin dengan cara ini aku akan lebih kenal akan diri aku.

Aku menaip sambil memikirkan sesuatu. Aku suka mendengar dan membaca penulisan orang. Aku suka menulis namun bicara kata tidaklah indah seperti mereka. Aku cemburu. Aku kalau boleh akan cakap seterang habis kerana bagi aku penulisan yang jelas dan terang mudah difahami tapi tipulah tak rasa nak cuba berbunga pabila mengarang.

Namun tanpa aku sedar sebenarnya menulis ini membentuk identity penulis itu sendiri. Kenapa kata macam tu? Kita boleh lihat cara penulisan dan luahannya empunya perwatakan itu bagaimana.

Baik. Dengan ini aku akan menjadi diri sendiri. Aku tak perlu ikut jejak orang sepenuhnya kerana mungkin aku akan lost dengan identiti orang lain.

Heih. Menulis bagi aku adalah satu terapi. Walaupun tidaklah selalu update tapi masih aku akan update satu dua kata dimana-mana platform.

Untuk post kali ini hambar sikit kerana aku tiada apa-apa yang hendak diperkatakan. Dua hari kebelakangan ini aku tidak terlalu sihat. Jadi aku tiada rasa dan jiwa mahu berkarya something.

Kenapa ye tibe-tibe rasa macam ni? Hrm aku tak tahu nak berkelakuan macam mana lagi. Aku kadang macam lost dengan diri sendiri. Rasa something memberat dekat dada. Rasa dada sempit, bernafas kadang tersekat-sekat dan rasa rimas serabut.

Aku cuba sibukkan diri dengan something yang aku suka. Aku keluar jalan-jalan pergi makan, shopping, membaca, menulis, kemas rumah, and dating tengah malam dengan pencipta aku untuk minta ketenangan jiwa raga aku.

Aku tahu lately, lepas final exam lepas aku jadi makin baik tapi lepas tu lusa lepas aku rasa tau lebih lagi aku jadi macam tak keruan. Aku macam tibe-tibe rasa sesak dada, rasa risau and tibe-tibe macam tak percaya dengan diri sendiri.

Eih aku tak nak fikir lebih-lebih and stress lebih-lebih. Aku try buat teknik breathing yg betul tu, pastu try untuk jadi positif and fikir benda-benda baik dan menggembirakan aku.

But one unlucky day, aku tibe-tibe macam sedikit emosi and sensitive tak tentu pasal. I don’t know how to tell you but something make me insecure and overthink. I know benda tu actually bukan a big thing untuk terasa atau overthink but unlucky that time I feel like so sad. My bestfriend not react to my story and I was thinking bad about her.

Oh gosh I am so dumb like benda tu tak patut pun jadi isu. Oh my god, I am unbelievable weirdo. So yeah of course now we are so weird because I am weird. Sape je tak terasa yang kawan sendiri boleh jadi macam ni. But you know what, actually I feel good sebab at least she know I am not pretending great all the time. I also can be someone else (bad), but somehow I am good person. But to me if she want to stay with me and sudi terima my apologize that will be great but if she decides to leave me, that her choice and aku kena hormat dengan keputusan dia.

Macam budak-budak kan? Haha, yeah of course la because untuk something like this happen to me are rare. I don’t have many friend sebab selalunya aku macam dipisahkan dengan diorang. I mean like contoh macam ni ye, I kenal diorang hanya satu semester lebih je lepas tu aku kena tangguh pengajian for two semester then after I continue back my semsester I kena join my junior batch which mean I have no ore chance to be with them anymore. Sedih sangat weh macam ni.

So kitorang pun jumpa tak lama jugak lepas tu sebab lepas tu masing-masing pergi praktikal jauh and tak stay dekat asrama lagi.

Aku pulak jenis perangai tak mesra alam sangat dengan orang. My fault tapi I naturally memang jenis tak kesah pasal orang. Kawan gitu-gitu je la kan as classmate tetambah lagi dengan  junior. Bukan nak sombong tau tapi rasa low confidence gila do bila kena study sorang-sorang, subjek pun kod lain, jadi macam tak suka tau.

Rasa terasing sangat. Sebab tu lepas apa yang jadi dekat aku selama empat tahun ni sebagai pelajar diploma mi,aku kata aku banyak belajar benda dalam hidup aku. Aku dah mula appreciate all kind of relationship, aku start to be friendly dengan orang. I try to bring myself forward mcm cuba untuk bagitau orang tentang kewujudan aku. Haha jangan pelik kenapa aku kata macam ni sebab aku jenis tak suka orang kenal atau tahu kewujudan aku dekat orang. Kalau boleh tak payah tahu la.

Tapi you know what, life no partner we can go, tapi life without friend macam takde colour kau tau tak. Lonely satu hal, pastu macam dull gila. Takde memori indah sangat dengan kawan-kawan since aku dulu masa sekolah pun jenis nak awkward dengan orang. Heih teruk gila perangai.

Dulu kan, masa sekolah aku memang jenis talk kesah sangat pasal kawan atau sape sape yang ada dalam hidup aku tapi one day ada sorang girl ni suka kawan dengan aku. Dia yang perkenalkan aku erti persahabatan untuk pertama kalinya dalam hidup aku.

Tapi yeah I always unlucky bila tibe dalam relay yang serious ni, my friendship journey terputus macam tu je since aku dulu parent aku jenis tak kasi sangat aku keluar bersosial dengan kawan. So aku memang tak pernah kut ada date dengan bestie aku. So I think that is why she left me. It is okey, I understand kalau orang tak kekal lama kawan dengan aku.

So basically jalan cerita pun almost same when I have friend masa diploma ni. Aku jadi macam introvert camtu dengan orang. Tak aktid=f tu satu hal, tak bersosial sangat ngan orang satu hal. Actually people aku ni pun jenis bukan suka social sangat dengan orang. Pemikiran aku kadang macam close minded atau macam mak nenek gitu. Tu tak boleh ni tak boleh end up aku keseorangan. Tapi dulu aku okey sorang sorang tau.

But now I cannot waaa… aku sekarang tak boleh hidup sorang-sorang. Like kalau takde someone special dalam hidup aku, aku rasa macam hari-hari aku dull, rasa lonely nak mampus and feeling like kosong. Rasa boleh mati kalau takde someone yang boleh mengisi hari-hari ceria aku.

Aku kan dah kata sekarang aku  I dah pandai cakap banyak. I mean sekarang more to like pandai speak out apa yang ada dalam hati aku. Jadi aku memang banyak cerita yang nak diceritakan pada orang. So I need a good listener. Sumpah I need them. Aku sekarang tak boleh dah pendam benda-benda yang menyakitkan dalam hati aku lama-lama, nanti aku sakit. Aku akan jatuh sakit. Serious okey I am not kidding. Aku boleh meroyan tibe-tibe tau kalau pendam lama-lama.

Cemana la orang lelaki ni boleh hidup pendam masalah sorang-sorang ea? Weh aku tak boleh brain orang yang jenis pemendam ni. Kuat betul la mental diorang. Sumpah weh korang kuat gila. Aku ni mental tak kuat kut tu cepat sangat nak emosi lebih. Tapi tak boleh nak salahkan aku macam tu lebih-lebih, aku jadi macam ni sebab bersebab okey.

Aku memang tak boleh stress sangat nanti penyakit aku datang lagi. Aku tak nak sakit dah. Sebab tu aku macam ter’train’ diri aku untuk jadi seorang yang bila bercakap, aku cakap direct terus dari hati. Aku nak diri aku clear, orang yang aku sayang pun clear dengan keadaan aku. Like that. So no miscommunication, no gaduh-gaduh lama-lama, no stress out lama-lama.

Like that la people, nak citer panjang-panjang rasa macam panjang gila pulak luah kat sini. Memang syok tulis dari hati ni tapi takpe la, sampai sini je la ceritanya. Aku nak bagitau dekat sahabat-sahabat aku yang aku sayang diorang sangat-sangat. Aku ni memang kadang kalau datang angis kus-kus aku, aku jadi tak boleh nak fikir betul sangat. Memang cakap tak piker dulu. Sorry guys, I really so sorry.

Aku harap orang boleh kenal aku lebih baik lepas ni and yeah we together learn each other, terima baik buruk kita semua dengan hati yang berlapang dada. Mana ada orang yang sempurnakan? Orang kata makin gaduh makin kita nampak kelemahan dia. Jadi dari situ kita ada pilihan untuk stay dengan dia and sama-sama belajar untuk jadi lebih baik atau tinggal je dia.

Tinggal pun tak salah sebenrnya kalau kita tahu kita tak boleh go on dengan orang tu. Jangan stay dalam hubungan yang toxic. Sumpah ni jangan sacrifice diri sebab sayang sedangkan kita tahu pada akhirnya kita seorang akan tersakiti. So pilihan masing-masing. Fikir yang terbaik untuk diri dan si dia.

Alright-alright aku stop now. Kita jumpa dekat next post tau, love you 💕


Wednesday, July 1, 2020

RASA

Masih lagi tercari

Masih lagi cuba untuk mengerti

 

Sesakkan dada semakin memberat

Perasaan yang tidak terluah

 

Ada sesuatu masih lagi tersekat di sini

Ada lagi rasa yang menghantui hati

 

Disebalik tawa ini tersimpan kisah hati

Namun harus disimpan sendiri

 

Terasa sesuatu ganjil

Perasaanku kini sungguh terasa ganjil

 

Apa yang ditulis tidak menggambarkan suasana sebenar hati

Apa perkataan sesuai untuk katakan di sini?

 

Aku sungguh lemas

Ia sungguh menyesakkan

 

Kenapa seperti ada yang tidak dilunasi?

Apa

Apa yang aku mahukan

Daripada diri aku?

 

Apa yang aku mahu?

Kenapa berperasaan ini?

Apa yang aku mahu!

 

Amarah terasa dingin

Adakah ini kerana aku marah?

Kerana aku sedih? 

Kenapa?

Tolong katakan kenapa begini?


Rasa seperti udara yang terkumpul di ruang peparu sendiri

Seperti bernyawa dengan mulut 

Seperti ada tangan mengenggam peparu ini


Dada ditekan-tekan

Bernafas tersekat-sekat


Seperti aku sedang menahan nafas

Seperti menahan lelah ketika berlari

 

Hendak dilepaskan

Namun seperti disekat dengan jejari

 

Berat

Sungguh berat rasa ini


Aku ketawa kecil

Kenapa lucu aku rasakan?

Kerana keliru dengan diri? 


Aku ketawa sendiri 

Kerana tidak mengerti diri ini lagi

 

Kerana masih tidak memahami apa yang dimahukan

apa yang dimarahkan

apa yang disedihkan

 

kosong

seperti ruang tangki ruang perasaanku

retak di bawah

Airnya mengalir keluar

mengeringkan sisa rasa di dalam tangki ini

 

rasanya seperti itu

kosong

Sungguh kosong


SIAPA DIA

Bilakah masa kita akan terasa dalam fantasi?

Seperti gema dalam kepala ingin katakan sesuatu

namun ia tidak jelas kedengaran

Semakin hari semakin keliru dengan diri

Siapa dia di sini?

Siapa dia?


Aku terpana dengan kewujudannya secara tiba-tiba

Datangnya tiba-tiba

Pergi juga tiba-tiba

Aku keliru

Aku tidak mengenalinya

Aku bukan lagi seperti dulu

Jelas, aku tidak seperti dulu lagi

Siapa dia?

Aku mengenalinya tetapi tiada ingatan untuknya 

Aku lagak seperti seorang asing padanya

Aku bagai tidak mengenalinya

Bagai ini pertama kali aku melihatnya

Siapa dia?

 

Aku keliru

Sungguh keliru

Aku pernah melihat hati dan rasanya

Pernah berada ditempatnya

Aku ketawa sendiri


Namun terasa kosong kini

Aku tidak mengerti

Dia bagaikan seorang asing untukku

Sungguh asing sekali

Siapa dia dalam diriku?

Aku kasihan dia

Namun aku tidak tahu apa perlu aku lakukan padanya

 

Aku tidak mengerti

Aku tidak mengerti apa sekarang yang dia rasa

Aku melihatnya bagai patung yang tidak berperasaan

Aku tidak mengerti kesakitannya

Kosong

Walaupun dicuba perah siapa dia tetap aku tidak mengingatinya

Siapa dikau?

Siapa dikau sahabat?

 

Kepala aku sakit

Memikirkan apa yang kau cuba sampaikan

Sudah sekian lama kau pergi

Aku bagaikan seorang yang terlupa ketika dulu 

Aku juga pernah berapa ditempatnya

Kini dia kembali

Namun aku seperti tidak mengerti

Perasaan dan pandangan itu

Maafkan aku

Kita bukan lagi sama

Kau dan aku bukan lagi sejiwa

Berpisah namun masih bersama

Kerana kau adalah aku

Selamanya kau adalah aku

Selamanya aku adalah engkau

Selamanya


ALKISAHNYA ll

Bismillah Okey ni sambungan post dari post alkisahnya sebelum ini. So basically aku ni sebenarnya banyak sangat nak bagitau dekat korang a...